Whoaaaa... at the very first time.. aku jejak kaki ke negara orang tanpa ma
abah..hahah... very first time la sangat..padahal pernah ke seberang siam pergi
sampai Hatyai and Songkla dgn family.. hahah..
Kali ni aku pergi dengan sepupu-sepupu tersayang..kami pergi secara
backpackers..well, xde la backpackers sangat pon.. still bawak beg luggage.. hahah..
Cuma pergi tanpa agen or tourist guard..kami plan semua dari a to z..buat
bajet, buat tentatif, itinerary ape semua tu..walaupon dalam masa yang singkat, kami dapat buat semua tu..alhamdulillah
Aku pon sebenarnya dah lama tak tulis blog.. tapi sebab aku dah travel ke
sana, terasa macam nak kongsi pengalaman aku sepanjang kat sana.. before aku
pergi sana pon, banyak research aku dah buat, tgk blog tu blog ni.. so, lau
bleh aku nak orang tengok blog aku jgk even hanya korang je yang jumpa blog
aku. Hahah.. sadisss betolll..orang baru nak up..hoho
Ok lah... nak start story aku.. ceritanya aku pergi sana about 8 days. Hari
kelapan tu dah fly balik KL, so tak kira sangat la sbb malam tu tido kat
airport je.. hahaha..
Before that, lets me introduce my group trips. Group aku ade 9 orang, 6
daripada tu adalah sepupu aku semuanya. 2 orang lagi tu (man dan angah) kawan kazen aku.
ni la kami semua.. dari kiri: angah, jiji, edi (depan), man (belakang), ada, serul, aku (baju purple), pia dan arisya(baju merah) |
Kami punya itinerary just ok.. nak ikut yang kami punya pon ok, lagipun kami
tak de la ikut itinerary sangat pon..bangun pagi pon sesuka hati.. sampai
terlewat nak pegi kemana-mana..yang ni jangan ikut tau.. kesian korang nanti..
hahaha..itinerary ni kami tengok dari blog-blog lain juga, tapi kami pilih tempat yang kami nak pergi sahaja..
ni itinerary yang kami buat :) |
Yang menariknya, kami ada terjumpa dalam google ada promotion untuk dapatkan t-money dan kupon-kupon secara PERCUMA. Kita just perlu daftar dan pergi ke Korea Plaza untuk bagi itinerary setiap orang dan diorang akan bagi kupon dan t-money untuk setiap orang. kita juga akan dapat buku dan peta korea. Korang boleh buka website dia klik di sini tapi aku rasa promo tu dah abis.. sorry ye..